Monday, April 9, 2012

Vitamin Untuk Kanak-Kanak ~ Meal Shakes, Aien dan Selera Makan Yg Positif :)

Saya baca status ibu-ibu, kebanyakan anak2 mereka yg berusia lingkungan 1-4 tahun amat susah nak makan. Tak kiralah makan apa pun.

Saya bersyukur Aien tak kisah apa benda yg saya makan atau org lain makan, dia mesti nak menyibuk. Betul tak uwan Ba'ah, uwan Ham, Atok, Mama Fynne, Makteh, Alang dan mak2 sedara Aien yg lain? (Kalau sebut satu persatu berderet2 nama karang hehe...).

Lagi 2 hari umurnya masuk 3 tahun 4 bulan, lagilah banyak dia makan sekarang. Kat rumah, Ummi dan babah akan makan ikut turn sebab Anieq x suka kena tinggal sorang2. Bila babah makan, Aien akan makan sekali. Selalunya babah suap sekali, dia pun akan disuap sekali. Maknanya, babah habis makan Aien pun akan habis makan.

Turn ummi makan, Aien pun akan makan lagi! Alahai... kak long ni, tadi kan dah mkn dgn babah???

Method yg sama.. saya suap ke mulut saya, lepas tu akan disuap ke mulutnya pulak. Kadang2 belum sempat saya suap balik ke mulut saya, dia dah mintak disuap ke mulut dia! Amboi... Lawan tokey nampak!! :)

Memang begitulah Aien. Alhamdulillah, dia memang tak memilih makan & memang akan makan apa je yg kita makan.

Baru2 ni babah pulak belanja kat Pizza Hut Kajang. Kali ni dah pandai, order RM20 dapat free Kids Meal. So order piza baru (apa namanya piza ni? yg ada serunding kat topping dia tu...)


Dan kitorang mintalah free kids meal ~ set spagetti + air soya yg Aien tengah makan tu.. Tambah lagi satu Hawaiian Pizza & dapat lagi 1 set Kids Meal... kitorang amik set piza kanak2.


Aien boleh habiskan ye spagetti tu sorang2. Ummi dgn babah makan sesudu dua je. WAJIB ada botol air dia ke mana2 je dia pergi :)


Dah habis makan kat tempat dia, menyelit kat ummi.. nak ummi punye pulak ;)


Tengoklah, badan pun dah nak sama besar dengan ummi! Pipi tembam! Alhamdulillah... cuma jangan gemuk dahla ye kak long.... nanti tak cantik. Dah besar nak lawa2, nak pakai kebaya hikhik.. (marah babah karang ;P)

Aien sangat lasak, jadi saya & En. Billy x kisah kalau dia mkn banyak sebab habis kalori dia terbakar bila dia memanjat2, berlari2, melompat2 nanti hehe...

Anieq tengok jela Kak long makan ye... :)


Memang selera dia tak terputus. Syukurlah Aien takde masalah makan macam kanak2 lain. Saya percaya salah satu sebab selera makannya baik ialah kesan pengambilan Meal Shakes dalam dietnya 2x seminggu. Saya memang akan bancuh 'milo'nya bersama2 sesudu kecik Meal Shakes setiap Isnin & Khamis. Kenapa Isnin & Khamis? Sebab senang nak ingat... taklah saya terlupa yg saya blm bg dia Meal Shakes dlm minggu tu :)


Aien pulak memang suka sangat dengan Meal Shakes ni. Sampai selalu suruh saya campur dlm 'milo' & minta ratah macam tu je. Tapi bagi kanak2 setahun ke atas hanya sesudu kecik untuk 2x seminggu sahaja ye, tak boleh lebih. Ini bagi menjaga buah pinggang kanak2 yg belum matang untuk memproses protein yg terkandung dlm Meal Shakes itu.



Meal Shakes yg sangat sedap! Buka je penutup dah bau semerbak haruman french vanilla. Yummyyyyy!!!


Aien juga makan omega guard untuk kesihatan jantung & otaknya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.

Salam kasih sayang :)

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget