Alhamdulillah, rezeki susu untuk Anieq Sufi melimpah ruah sampai saya terasa malu sebab 'menguasai' deep freezer rumah MIL & rumah mak dengan susu yg banyak tu ;)
Kebetulan mertua saya, Papa & Ibu nak pergi bercuti & letrik kat rumah tu selalunya terputus2 bila kilat petir. Jadi, kami fikir dah tiba masanya untuk mencari aset sendiri... deep freezer baru! Takut pulak kalau 4 hari mertua saya takde kat rumah, letrik putus. Habis cair semua susu tu....
Mulanya nak beli 110 liter je. Tapi En. Billy cadangkan amik besar punya terus. Senang takyah fikir tak cukup ruang nak simpan. Bukan apa, saya ni direct feed Anieq 24hrs. Susu2 tu pulak tak pernah digunakan langsung. Sayang kan... jadi, kalau ada deep freezer tu bolehla jangka hayat susu bertahan 6bulan - setahun. Mana lah tau Anieq nak minum banyak sangat nanti, bolehla guna stok susu tu...
Mulanya kami ada masalah dengan pembelian df ni. Ingatkan dapatlah beli murah sebab promosi kawan kat fb, 150 liter cuma RM600 berbanding kat luar lebih drpd tu. Tapi rezeki tak menyebelahi kami bila dekat sebulan tunggu df yg dijanjikan tak nampak bayangnya... Susu pun dah x tau nak simpan mana lagi dah. Rasa tertipu pun ada. Sebab, duit refund pun dia belum fully return. Takpelah, yg penting dia pulangkan balik nanti (haram tu makan duit orang!)
Akhirnya, kami beli dekat Kajang je. Dekat dengan rumah. Order harini, dapat esok. Takyah tunggu sebulan. Lepas tu, bermulalah sesi menyusun atur ebm beku tu....
Antara stok susu terawal Anieq... masih kaya dgn kolostrom... kuning pekat oren2 lagi :) Subhanallah....
Eh eh...ada beg plastik Shaklee la pulak hehe... kata makan Set 3M Shaklee kan :)
Ohhh... frozen ebm kat dalam plastik tu rupanya! Bestnya... pekatnya susu Anieq. Alhamdulillah...
Letak kat lantai lah sekejap sebelum susun. Nak check tarikh & kuantiti. Senang letak satu plastik utk satu minggu. Nanti nak guna boleh amik yg terawal. Apply konsep First In First Out :)
Saya nak buat Magic Show kejap... ni kosong kan,
Taraaaa... dah penuh :)
Magis nya hehe... nanti saya update gambar kepenuhan yg terbaru dalam df ni. Sebelum adik saya Pura datang dari Kedah untuk mengosongkannya... A'isy nak minum susu tatam ni ye? Yelah kan... Susu tatam kan sedap :)
Setakat 44 hari pantang, ebm ni ada sebanyak 594.5 oz! Hingga 31 Jan 2012 iaitu hari ke-66 ada 835 oz!! Hingga harini iaitu hari ke-86 ada lebih 1000 oz dalam df ni!!! Syukur Ya Allah, atas rezeki Anieq yg tak terhingga ni. Semoga Anieq dapat menyusu sepenuhnya sampai 2thn mcm Kak Long Aien, membesar dengan sihat sempurna, bijak pandai, cemerlang di dunia & akhirat. Amin...
Untuk pengetahuan, saya tak ada jadual mengepam ya! Betul, saya bagi TIPS EXCLUSIVE khas untuk semua customer saya yg menekankan utk kerap mengepam namun saya hanya mengepam bila susu terlampau banyak, breast berat, meleleh2 & memancut2 bila Anieq menyusu. Sebab Anieq 24 jam dengan saya dan dia takkan menyusu bila susu tu terpancut kat dalam mulut comel dia tu :)
Itu yg saya kena bangun juga awal2 pagi tak kira pukul 3 pagi ke.. 4 pagi ke.. 5.30 pagi ke... untuk megepam bila Anieq dah kenyang & banyak lagi susu yg berlebih2 ;). Nak jimat masa, saya juga tandem nursing Anieq dengan pam :)
Boleh hubungi saya di 012-679 0484 atau emailkan ke elila80@yahoo.com atau FB saya : Jannatul Fadilah untuk sebarang pertanyaan.
Salam kasih sayang :)











0 comments:
Post a Comment