Saturday, February 12, 2011

Bersalin secara pembedahan (c-sect)... apakah persediaan anda?

Ada yang bertanya kat saya, kalau bersalin c-sect kena amik vitamin apa ya?

Sebenarnya, saya dulu pun bersalin secara pembedahan. Tapi masa tu saya rugi sebab belum kenal dgn Shaklee... so, saya main hentam jaga luka ikut pantang org2 tua.. makan ikan haruan, makan buah oren (saya degil walaupun mak ckp oren tu sejuk hehehe) & cuma makan antibiotik yg dibekalkan oleh Prof Hatta (dr yg jaga saya sepanjang mula2 tau saya mengandung selepas buat D&C kandungan pertama dulu). Boleh baca sini kenapa saya kena D&C...

nak makan jamu, beli Ammy 60 Days Sendayu Tinggi tapi takut nak makan sebab Aien kena jaundis (kuning) masa umur tujuh hari. Jadi, jamu yg beratus2 harganya yg dibeli oleh babah Aien tu terpaksalah diperam dulu sampailah umur Aien setahun baru saya berani makan. Sorry ye babah, ada yg terpaksa dibuang sebab dah expired ;P

Tapi masa berlalu lebih mendewasakan saya, saya kenal Shaklee masa sedang melalui proses menyusukan Aien yg ketika itu baru berusia 9 bulan..(target exclusive bf selama 6 bulan telah tercapai & target 2tahun penuh fully bf juga telah berjaya... alhamdulillah) semuanya dengan bantuan pengambilan vitamin2 Shaklee...

Sepanjang menyusukan Aien dulu, saya ambil Set B + ESP + Ostematrix (Kalsium). Sekadar mana yg mampu maklumlah harga vitamin Shaklee ni boleh tahan kan... mula2 saya beli trial pack 3 kali, lepas tu bila rasa mampu sikit saya beli full pack. Tak kira berapa harganya yg penting, saya tau vitamin2 Shaklee ni lah yg banyak membantu smoothkan perjalanan penyusuan saya utk Aien.

Dan kali ni, saya nak berkongsi dgn semua vitamin utk kelahiran bagi ibu2 yg bakal melalui c-sect. Persediaan sebelum pembedahan & selepas pembedahan.

Sebelum pembedahan

Pengambilan SET A bersama ESP

Gambar ehsan genkimomma :)


SET A mengandungi:
30 biji Vitalea
- Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

30 biji B Complex
- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..) Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Ada komen daripada sorang kawan ni, dia kata:
"Baru sy perasan. Sbb skrg sy ambil b-co tablet & asid folik yg dr hosp ker***** (kebetulan family keje kt hosp, so sy mmg slalu dpt supply b-co & FA). Sy check b-co nyer content cuma ada thiamine (B1), riboflavin (B2) & niacinamide (B3). So total campur dgn folic acid, sy masih kurang B5,B6,B7 & B12 la ek."

Buat pengetahuan semua, Vitamin B Complex Shaklee terdiri daripada 8 B. Apa dia 8 B tersebut?
B1 = Thiamin,
B2 = Riboflavin, ,
B3 = Niacin ,
B5 = Panthothenic acid ,
B6 = Pyridoxine ,
B7 = Biotin ,
B9 = Folic Acid,
B12 = Cyanocobalamin.


45 biji Vita-C
- Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

ESP atau Energizing Soy Protein

- Ia adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP juga mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :)

Selepas Pembedahan

Tambahan Zinc dan Vitamin E

Zinc - sangat penting untuk membantu dalam proses pembaikan luka. Jenis makanan yang mengandung zinc antara lain oyster, kerang, bayam, kacang almond, dan biji bunga matahari. Namun jika si ibu tidak dapat menyediakan makanan ini dalam menu masakan harian maka disarankan mengambil multivitamin yang mengandungi RDA zinc atau tambahan tablet zinc dalam diet harian.

Vitamin E
- mereka yang melalui pembedahan untuk melahirkan anak, ia sangat-sangat membantu agar luka dalam (bahagian rahim cepat baik dan tidak mudah berasa ngilu). Vitamin E juga membantu mencantikkan tempat jahitan pembedahan serta mencerahkan kawasan aerola ibu yang pernah melahirkan anak. Vitamin E juga membantu mengurangkan pigmentasi semasa mengandung.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...